Nur Amalia Khadijah's FotoPage

By: Nur Amalia Khadijah Mohd Adam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 15-Jun-2006 11:25 Email | Share | | Bookmark
Tahun ini aku menanti kehadiran Adik......

nai kuda
baca buku
minah motor
View all 6 photos...


Sunday, 13-Mar-2005 10:44 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR SAYA MEMBESAR BAGAI SIHAT DAN KUAT...

comelnya
00:00
jom main ngan saya
00:00
lepak jap
00:00
View all 12 photos...


Wednesday, 8-Sep-2004 10:31 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS CUKUR RAMBUT

Sebelum bercukur
Nek Chik
hampir botak
View all 12 photos...
Hari ini merupakan hari kesembilan saya melihat dunia. Hari ini merupakan hari dimana kepala saya akan dibotakkan. Nek Chik adalah orang bertanggungjawab membotakkan kepala saya. Ayah dan keluarga mama buat sedikit kenduri untuk keluarga terdekat. Sebelah petang pula Wan Non dan Pak Ngah Man serta lain2 keluarga sebelah ayah datang melawat saya. Malu rasa saya tanpa rambut. Ayah kata tak apa..nanti rambut baru keluar lagi cantikkkk..memang betul rambut saya sekarang memang cantik..hehehehhe


Tuesday, 31-Aug-2004 17:06 Email | Share | | Bookmark
tarikh Kelahiran Saya..MERDEKA

Malam MERDEKA
Keluarga Ayah menungguku
Ayah Azankan
View all 6 photos...
Mama & ayah cadang nak lahirkan saya di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Hari sebelumnya mama bawa saya(dlm perut lagi) pergi ke Klinik Desa, Batas Paip, Kuala Kedah. on the way balik ke rumah Tok Dah & wan Awang, ayah ajak mama balik kampung Wan Non..kata ayah pakngah, pakteh, mamachik, mamaaya dal lelain ramai kat kampung nak sambut Malam MERDEKA, Ayah pujuk punya pujuk mama setuju. Kata ayah lepas majlis balik semula ke Kuala Kedah.mama setuju. .tapi nak dijadikan cerita 2-3 hari sblm saya lahir mama terkena jangkitan kuman pada paha kananya..so mama pantang makan ayam telor dan benda berbisa. malam MERDEKA pakngah Man bakar satay...mama teringin nak makan..Ayah tak kasi...tapi org lain kata " Bagi lah Nang makan..manatau kot-kot terberanak esok..kempunan plak nak tunggu lepas pantang..." Nak di jadikan cerita lagi lepas majlis ayah mintak mama kol tokdah kata tak jadi balik sebab..jalan nak ke bandar Alor Star jam. jadi esok lah balik....Jam 3 pagi mama panggil ayah , tanda-tanda saya nak keluar dah muncul..ada sedikit air & darah keluar. mama chik minta ayah bawa mama terus ke Hospital Kuala Nerang. Semua keluarga sebelah ayah & mama datang menunggu kelahiran saya. yang bestnya haritu mereka semua sambut MERDEKA kat Hospital Kuala Nerang. Sussah dan lambat Saya nak keluar dari perut mama. Jam 5.06 ptg saya pun selamat dilahirkan..dan diazankan oleh ayah.


Saturday, 2-Aug-2003 15:16 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan MAMA & Ayah

Hari Bahagia Mama&Ayah
Bahagia2
Bahagia3
View all 4 photos...
Perkahwinan mama & ayah selepas 12 tahun perkenalan mereka di Sekolah Menegah Teknik Alor Setar pada tahun 1991. Dah jodoh ...... ..Mama ngan ayah bertunang pada 2 May 2003 dan diijabkabulkan 3 bulan kemudian iaitu pada 2 Ogos 2003. Pernikahan dilangsungkan di Masjid telok Kechai, Kuala kedah Selepas waktu Asar.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net